Subscribe

PEMIMPIN GERAKAN IKHWAN DI EROPAH GESA RAKYAT MALAYSIA SOKONG PAS

0

Written on March 6, 2008 by admin

Pemimpin Gerakan Ikhwan Muslimun di United Kingdom, Dr Kamal al-Helbawy menggesa rakyat Malaysia supaya menyokong PAS di dalam Pilihanraya Umum ke-12 akan datang. Dalam satu wawancara besama wartawan Kelab Maya Barisan Rakyat Malaysia (Eropah) www.bahankempen.com), beliau menyatakan bahawa demokrasi dan kebebasan sepatutnya boleh memberikan peluang kemenangan kepada Islam untuk memerintah di dunia ini.

Dr Kamal yang merupakan pengasas kepada Muslim British Association (MBA), penaung kepada gerakan-gerakan Islam di United Kingdom turut mengkritik amalan  politik di Malaysia . Beliau berpandangan yang kebebasan berpolitik lebih dinikmati di Indonesia , selain menggesa Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya lebih bersifat terbuka dan adil di dalam berhadapan dengan pembangkang.

Dalam wawancara ringkas yang boleh dicapai di sini dan di sini, Dr Kamal turut menyatakan kekagumannya terhadap ketokohan dan integriti yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dan Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang di dalam pengalaman mentadbir negeri Kelantan dan Terengganu. Bagi beliau, kedua-dua mereka perlu menjadi pilihan rakyat di dalam pilihanraya yang akan datang. Beliau turut menyebut nama pimpinan PAS yang lain seperti Ustaz Azizan Razak, Ustaz Hasan Syukri dan Ustaz Yahya Othman yang pernah bersama-sama dengan beliau di dalam gerakan Islam di peringkat antarabangsa. Beliau juga mengkritik tindakan kerajaan mengadakan pilihanraya lebih awal bagi menafikan kelayakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertanding di dalam pilihanraya yang dianggap beliau sebagai pemimpin berkarismatik dan bersih.

Dr Kamal turut menyeru kepada seluruh pertubuhan Islam dan kumpulan nasinonalis supaya bersatu dan bersama-sama mendokong perjuangan PAS sebagai wadah utama memenangkan Islam dan membawa keadilan sejagat di tanahair.

Mengulas pandangan Dr Kamal tersebut, Dr Abu Tuah bin Hisyam yang merupakan Pengerusi Himpunan Teknokrat dan Profesional Melayu Eropah (HEMAT Eropah), sebuah badan profesional dan teknokrat Melayu yang bekerja di seluruh benua tersebut turut berkongsi idea yang sama. Beliau yang bekerja sebagai Research Fellow di sebuah universiti terkemuka di London menyatakan yang rata-rata komuniti Melayu di United Kingdom dan Eropah mengharapkan perubahan  di dalam pemerintahan negara. Rakyat Malaysia telah diperbodohkan sejak pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional.

“Kami daripada jauh dapat melihat kebobrokan pemerintahan negara di bawah kerajaan Barisan Nasional. Kebebasan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat telah dirampas sewenang-wenangnya. Imej negara semakin buruk di dalam media Eropah, kerana kesempitan di dalam amalan demokrasi serta penipuan yang ketara di dalam sistem pilihanraya. Pemikiran rakyat telah ditutup dengan pelbagai penipuan dan akta ancaman ala diktator. Rakyat tidak lagi bebas bersuara, walaupun kebebasan itulah yang merupakan intipati kepada ajaran Islam yang diamalkan secara meluas di barat sehingga mereka mampu menjadi bangsa yang menguasai tamadun dunia sekarang ini,” ujar Abu Tuah.

Mengulas mengenai kemenangan PAS, beliau berkata, “Mungkin tidak pada pilihanraya kali ini. Rakyat Malaysia masih dibelenggu pemikiran mereka. PAS perlu bekerja dengan lebih keras lagi, dan yang pastinya ianya akan menjadi lebih mudah sekiranya seluruh gerakan Islam yang lain bersatu di bawah PAS, selain melunakkan penampilan supaya dapat berkongsi rahmat Islam kepada bangsa-bangsa yang lain.”


Bahan Mesti Milik

0

Written on March 1, 2008 by admin

 bahan mesti milik:

-Kad Laporan BN

-Bahan Cetak PRU

-Pamplet PRU B&W

-Manual Pack Isu dan Fakta Kempen

Miliki segera!!!

Bahan baru…baik punya!

0

Written on March 1, 2008 by admin

VOTE_BA BILLBOARD_WALL.jpg

Surat_Kepada Penyokong_BN.doc

改变 - 民主行动党全国大选竞选主题曲

0

Written on February 28, 2008 by admin

Berubah - Lagu Kempen Pilihanraya

0

Written on February 28, 2008 by admin

BARANG NAIK

0

Written on February 28, 2008 by admin

MANIFESTO PAS

0

Written on February 27, 2008 by admin

PANAS

0

Written on February 26, 2008 by admin

DAPATKAN SLIDE PENCERAMAH PAS.

HANYA DI BAHANKEMPEN.COM!!

KLIK UNTUK MUAT TURUN 

SUKAKAH anda dengan hantu2 ini?

0

Written on February 26, 2008 by admin

JOM Kita semak laman ini

http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp

cuba semak ini. dua pendaftaran untuk orang yang sama

bandingkan: T715511 with  A0624038 dalam daftar pemilih, nama yang sama, tapi satu undi pos, satu undi biasa

bandingkan: T719756 with A3170255

Pattern no. IC yang seiras…
Perhatikan susunannya 0015, 0079, 0023, 0057…
Suratan atau kebetulan?
Tunggu kemunculan pengundi-pengundi ”ISTIMEWA” ini 8 Mac 2008 nnt.
951114750015
950531710079
940407750023
941121750057
semak ic ini di sini: http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp

dan lagi…
801018775059 800311086231 811028045577 830416610017 841207065917 851222740019 850513106435 851117106729 850802106378 850916086838 860320145365 861101105077 860208145701 860320145357 861217145011 860126145839 871205740015 870914105781 870418105790 871016146308 881231100432 881103750027 880505066047 880906087033 881030136332 891102740096 891129740088 890520610089 890112146416 890920076065 890403615016 910609755079 920622710069 890211050014

5 taktik BN dan Selamatkah anak kita?

0

Written on February 25, 2008 by admin